PPYT Mesir

WWW.PPYTMESIR.BLOGSPOT.COM

Persatuan Perubatan Yayasan Terengganu Mesir dianggotai oleh pelajar-pelajar tajaan Yayasan Terengganu dan persendirian yang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Mesir.

Faculty of Medicine Mansurah University

www.mans.eun.eg

Mansoura University is famous for its specialized Medical centers, which provide both medical and academic services. They include the main mansoura university hospital, the children hospital, the specialized hospital for general internal diseases, the ophthalmology center, the digestive system center and the Urology and Nephrology center. The latter is the biggest of its kind in the Middle East.

Ain Shams University

net.shams.edu.eg/

Ain Shams University, as the third Egyptian university, was founded in July 1950 under the name of "Ibrahim Pasha University". It participated with the two earlier universities, "Cairo University" (Fua'd the 1st ) and "Alexandria University" (Farouk the 1st) in fulfilling the message of universities and meeting the increasing demand of youth for higher education.

Rumah Terbuka YT 09

Posted by izzati.abdullah On 10:05 AM 0 comments

tetamu kehormat bersama pelajar lelaki

bismillahi walhamdulillah..

pada 27 september 2009 bertempat di Sumai Hotel Apartment Kuala Terengganu telah diadakan rumah terbuka Yayasan Terengganu.rumah terbuka ini adalah kerjasama antara Yayasan Terengganu dan Persatuan Perubatan Yayasan Terengganu Mesir (PPYT Mesir).

tujuan rumah terbuka ini diadakan adalah untuk mengeratkan pelajar-pelajar tajaan dengan pegawai dan pekerja Yayasan Terengganu.selain itu, mengeratkan ukhuwah sesama pelajar tajaan yang jarang-jarang berjumpa dan mengidupkan suasana aidilfitri bersama-sama.

Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran Ketua PenolongPengarah bahagian tajaan Yayasan Terengganu, En. Mohd Razali Mahmud dan pekerja-pekerja Yayasan Terengganu.tidak dilupakan kehadiran bekas pegawai hal ehwal pelajar ke Mesir, Ust.Mat Ropi Busu dan keluarga.kedatangan kalian semua kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

firdaus dan en.razali

majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Raja Muhammad Affan Raja Mohd Tazilli.kemudian disusuli oleh ucapan pengarah program, saudara Marami Sa'tar dan ucapan pengerusi PPYT Mesir, saudara Mohd Firdaus Mohd Yusof.selepas itu majlis disusuli pula dengan ucapan oleh Ust.Mat Ropi dan akhir sekali ucapan perasmian oleh En.Razali.

selepas penat mendengar kata-kata ucapan dan nasihat kami dijamu dengan pelbagai juadah.antaranya nasi minyak, ayam masak merah, kambing bakar dengan sos hitam, satay, lemang dan ketupat serta murtabak. menu hidangan yang sangat banyak memuaskan hati setiap tetamu.

semasa acara makan-makan, kami disajikan pula dengan slideshow tentang kehidupan di mesir yang disediakan oleh Alya Fariha.gelagat dan telatah masing-masing yang sangat menghiburkan hati dengan setiap gambar yang terakam.

majlis tidak lengkap kiranya tanpa sesi fotografi.terima kasih diucapkan kepada fotographer yang menunjukkan skill masing-masing dengan 'boyfriend' baru.hehe.akhir sekali biarlah gambar yang menceritakan suasana semasa majlis berlangsung.

tahniah dan ucapan penghargaan buat organisasi penganjur.tidak lupa juga untuk Yayasan Terengganu yang menyumbang keseluruhan majlis.kami hanya pergi makan dan basuh tangan sahaja.kepada sesiapa yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung dalam majlis ini semoga dirahmati Allah selalu.

sambutan hari jadi pengarah..happy birthday marami!(^_^)..n husna..


alya dan cik pa!(scandal terhot)..amy pun suke2 saje!

bersama kak na (org penting dlm memasukkan duit ke dalam akaun kami)

p/s:

lain2 gmbr nnt akan diupload kemudian..termasuk video skali..ok?=)
| edit post

Rumah Terbuka PPYT Mesir

Posted by Dr Marami On 6:56 AM 0 comments

Pendahuluan

Program sambutan hari raya aidilfitri ini adalah sebuah cetusan idea pelajar tajaan yayasan terengganu yang kesemuanya sedang menuntut di universiti-universiti di Mesir bersama bekas pegawai yayasan terengganu yang pernah berkhidmat disana iaitu Ustaz Mat Ropi bin Busu. Ia diadakan atas keprihatinan pihak kami akan perlunya satu medium untuk para pelajar bagi mengeratkan hubungan antara satu sama lain dengan pegawai-pegawai dan kakitangan yayasan terengganu.

Objektif

1. Merapatkan ukhuwah antara pelajar-pelajar tajaan dan pegawai Yayasan Terengganu
2. Menghidupkan suasana Hari Raya Aidilfitri bersama-sama
3. Mengumpulkan kesemua pelajar tajaan

Tarikh : 27 September 2009 / 7 Syawal 1430H
Masa : 9.00 pagi - 1.00 Tgh Hari
Tempat : Sumai Suite Hotel Kuala Terengganu

Pakaian Lelaki : Baju melayu, bersongkok, bersamping, berkasut/bercapal
Pakaian Perempuan : Baju kurung / Jubah / apa-apa pakaian yang sesuai untuk hari raya

Dif-dif Jemputan
-Pengarah Yayasan Terengganu Tuan Haji Kamaru Al-amin bin Ismail, Pengarah Bahagian Tajaan Encik Mohd Razali bin Mahmud, Staf-staf dan kakitangan Bahagian Tajaan Yayasan Terengganu, Pegawai Yayasan Terengganu di Mesir, Tuan Haji Kamal Bin Abdullah bersama keluarga, Ust Mat Ropi bin Busu bersama keluarga, Encik Ihsanuddin, dan pelajar-pelajar perubatan Yayasan Terengganu Mesir tahun 1, 2 dan 3.

Tentatif :

-Pelajar-pelajar berkumpul
-Majlis bermula
-Kata-kata aluan pengerusi majlis
-Ucapan Pengerusi Persatuan Perubatan Yayasan Terengganu Mesir (PPYTM)
-Ucapan bekas pegawai di Mesir Ustaz Mat Ropi bin Busu
-Ucapan Pengarah Yayasan Terengganu Tn Haji Kamarul Al-Amin
-Bacaan doa makan
-Menjamu Selera bersama tayangan video
-Sesi Bergambar
-Bersurai

*acara adalah tertakluk kepada penganjur. sebarang perubahan akan dimaklumkan pada hari itu nanti

Organisasi Pengurusan Program

Penasihat
En Mohd Razali Bin Mahmud

Pengarah
Muhammad Marami Sa'tar bin Mohamad Yong

Setiausaha
Mohd Zulkhairi bin Mohd Sulaiman

Teknikal dan Peralatan
Mohd Fahami bin Ariffin

Multimedia
Alya Fariha Binti Zakaria
Farhana Shaqira Binti Mustaffa

Komunikasi
Wan Nadia Izzah Binti Wan Mohd Noor
Nurul Amirah binti Mohd Nor
| edit post

    ::GuestBook::


    ShoutMix chat widget

    Followers

    TABDIV