- Menghubungi pihak KPT ditalian 03-888 35 000.
- Menyatakan tujuan ingin membuat semakan tentang SSLN/NOC.
- Anda akan disambung ke bahagian yang bertanggungjawab.
- Berikan nombor kad pengenalan dan anda akan dimaklumkan status anda.
Salam perjuangan buat sahabat-sahabat sekalian, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih lagi berada dalam nikmat Islam dan Iman. Marilah kita sama-sama berselawat ke atas junjungan kita, Rasulullah S.A.W yang merupakan contoh terbaik dikalangan umat manusia dalam segala hal.
Pertamanya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kalian semua kerana memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya dan rakan-rakan saya untuk memegang jawatan dalam Persatuan Perubatan Yayasan Terengganu,Mesir (PPYTM). Tidak dilupakan juga, jutaan terima kasih kepada Ketua Biro Penerangan dan Penerbitan kerana memberikan keizinan kepada saya selaku pengerusi untuk merakamkan kata-kata aluan di blog ini.
Rakan-rakan seperjuangan sekalian,
Sepertimana kita telah sedia maklum, sebuah persatuan yang menaungi semua pelajar sains kesihatan tajaan Yayasan Terengganu yang menuntut di Mesir telah ditubuhkan dan diberi nama Persatuan Perubatan Yayasan Terengganu, Mesir (PPYTM). Sebagai sebuah persatuan yang amat baru daripada pelbagai segi, segala teguran dan tunjuk ajar daripada pelbagai pihak amatlah diperlukan untuk memantapkan persatuan yang kita sayangi ini agar dapat mencapai matlamat penubuhannya. Firman Allah S.W.T yang bermaksud,
[3:103] Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan ni'mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena ni'mat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.
(Ali ‘Imran:ayat 103)
Berdasarkan ayat di atas,saya mengharapkan kita dapat saling bersatu padu di atas ‘tali’ yang telah ditubuhkan ini. Saya berasa tidak salah jika saya mengibaratkan keadaan kita sekarang seperti ayat di atas kerana perkataan ‘tali’ itu sendiri mengandungi maksud yang luas selagi tidak menyalahi syariat. Oleh itu, sebagai seorang pelajar muslim, kita hendaklah bersatu padu sesama kita tidak mengira tahun pengajian,tempat pengajian,ideologi politik dan fikrah selagi kita mengucap dua kalimah syahadah lebih-lebih kita yang berada di bawah sebuah persatuan. Sikap mementingkan diri dan tidak mahu mengambil berat sesama kita perlulah dikikis daripada diri kita seperti mana hadis Rasulullah S.A.W.
“Barangsiapa yang tidak mengambil berat akan hal saudaranya maka dia bukan daripada
kalangan kami”
Ahli-ahli persatuan yang dihormati,
Menjadi seorang pengerusi persatuan bukanlah satu tugas yang mudah dan boleh dipandang enteng semata-mata serta bukanlah satu sebab yang membolehkan seseorang itu menggunakan kuasa yang diperolehi sewenang-wenangnya tetapi merupakan tugas yang amat berat dan amat besar amanahnya. Bayangkanlah di hari pengadilan nanti, saya akan ditanya disetiap penjuru tentang tanggungjawab saya terhadap kamu semua. Justeru itu,saya amat-amat mengharapkan kerjasama yang tidak berbelah bagi daripada kalian semua agar kita dapat bersama-sama membawa persatuan kita yang masih hijau usianya ke tahap yang lebih tinggi supaya kebajikan kita dalam segala hal dapat dijaga.
Dalam kesibukan kita bepersatuan, janganlah kita lupa kepada tanggungjawab kita yang lebih utama iaitu menuntut ilmu dalam bidang kedoktoran ini. Melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Mesir ini banyak keistimewaannya sendiri jika kalian sedari kerana di sinilah kita dapat ‘menyelam sambil minum air’. Sambil kita mempelajari ilmu kedoktoran, marilah kita sama-sama berusaha mencari input tambahan yang menjadi rebutan oleh para agamawan di setiap pelusuk dunia apabila mereka datang ke Mesir. Ilmu agama dan sains tidak dapat dipisahkan seperti itulah kita diibaratkan sebagai seorang pelajar perubatan muslim. Percayalah sahabat-sahabat sekalian, semakin kita mempelajari ilmu perubatan semakin kita akan dekat kepada Allah S.W.T jika kita merebut kedua-dua ilmu ini. Seperti kata-kata ahli sufi, ‘jika hendak mengenal Allah S.W.T, hendaklah kita mengenal ciptaan Allah S.W.T. terlebih dahulu.’
Sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah S.W.T,
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menasihati sesama kita agar menjaga keselamatan diri masing-masing ketika di Mesir ini. Ikutilah peraturan –peraturan yang telah dibuat demi keselamatan bersama. Jauhilah perkara-perkara yang membinasakan diri kalian dan jika khuatiri terkena penyakit-penyakit bahaya atau terdapat gejala-gejala yang merbahaya,terus bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan sewajarnya. Sentiasalah ingat kepada kedua ibu bapa kita di Malaysia kerana keredhaan Allah S.W.T terletak kepada keredhaan mereka.
Akhir kata, saya sekali lagi memohon kerjasama dan amat-amat mengharapkan teguran dan tunjuk ajar daripada kawan-kawan sekalian kerana kita saling memerlukan antara satu sama lain. Saya juga meletakkan sepenuh kepercayaan kepada ahli-ahli jawatankuasa yang sanggup susah senang bersama dalam memantapkan lagi persatuan ini. Sesungguhnya komitmen daripada pihak atasan mahupun pihak akar umbi amatlah diharapkan demi membawa persatuan kita ke peringkat yang lebih tinggi,Insya Allah.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud,
[5:2] Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi'ar-syi'ar Allah389, dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram390, jangan (mengganggu) binatang-binatang had-ya391, dan binatang-binatang qalaa-id392, dan jangan (pula) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari kurnia dan keredhaan dari Tuhannya393 dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji, maka bolehlah berburu. Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum karena mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidilharam, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.
[2:286] Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
(Al-Baqarah: ayat 286)
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud,
“tidak akan sempurna iman seseorang itu jika tidak mengasihi saudaranya sendiri
sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”
Sekian terima kasih. Wasallam.
MOHD FIRDAUS BIN MOHD YUSOF,
PENGERUSI,
PERSATUAN PERUBATAN YAYASAN TERENGGANU MESIR,
SESI 2008/2009.