1.0 PENDAHULUAN
Program Santai dan Sembang inin adalah sebuah cetusan idea pelajar-pelajar tajaan Yayasan Terengganu yang kesemuanya sedang menuntut di university-universiti di Mesir samaada di Mansurah, Ain Shams, mahupun di Alexandria. Ia diadakan atas keprihatinan pihak kami akan perlunya suatu medium untuk bakal-bakal pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran di Mesir dalam kursus perubatan dan pergigian mendapatkan pendedahan pembelajaran, suasana, program-program yang disediakan disana.
Selain membantu para pelajar untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang keadaan di Mesir, program ini menjadi platform untuk pelajar yang sedang menuntut di Mesir dan kumpulan sasaran untuk bertukar fikiran dan berkongsi pengalaman tentang kehidupan di universiti. Secara tidak langsung, Ia dapat mengurangkan kemungkinan kejutan budaya atau ‘culture shock’ ketika pelajar sedang berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang berbeza aspek budaya dan sosial. Harapan kami juga agar program ini dapat memupuk semangat daya juang dalam kalangan pelajar untuk berusaha dengan lebih gigih dan menunjukkan potensi sebenar mereka semasa melanjutkan pelajaran disana.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Memberikan pemahaman kepada bakal-bakal mahasiswa tentang pembelajaran, suasana dan kursus-kursus yang ditawarkan di Mesir.
2.2 Memberikan tips-tips persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke sana samaada dari segi persediaan mental dan fizikal
2.3 Berkongsi tips dan teknik belajar yang berkesan
2.4 Berkenal-kenalan antara pelajar-pelajar baru dan pelajar-pelajar senior untuk mengeratkan hubungan silaturrahim
3.0 KUMPULAN SASARAN
Pelajar-pelajar Perubatan dan Pergigian Yayasan Terengganu yang bakal menyambung pelajaran ke Mesir
4.0 TARIKH DAN LOKASI
Tarikh : 17-18 Ogos 2010
Lokasi : Angullia Beach Resort
5.0 ATURCARA PROGRAM
Selasa, 17 Ogos 2010
9.00pg - Berkumpul di Yayasan Terengganu (bagi yang menaiki bas)
9.30pg - Bertolak ke Angullia Beach Resort
10.00pg - Pendaftaran Pelajar & Check In bilik masing2
11.00pg - Briefing, Taaruf, Ice Breaking
1.30tgh hari - Solat Zohor
2.00ptg - Course Briefing (perbandingan Conventional Mansurah, Manchester Mansurah, Dentistry)
4.30ptg - Solat Asar
5.00ptg - Persediaan dan Permasalahan
6.30ptg - Riadah dan aktiviti bebas
7.00ptg - Bersiap-siap untuk berbuka, solat magrib, solat isya', solat terawih
9.30mlm - Barbeku
11.00mlm - Tidur
Rabu, 18 Ogos 2010
5.00pg - Bersahur
6.00pg - Solat Subuh
6.30pg - Riadah dan aktiviti bebas
8.00pg - Tips belajar
10.00pg - Rehat
10.15pg - Sehati Sejiwa, Penutup, Tayangan Video
1.30tgh hari - Solat Zohor
2.00ptg - Bertolak pulang
6.0 ORGANISASI PENGURUSAN PROGRAM
Penasihat
En. Mohd Razali Bin Mahmud
Pengarah Program
Mohd Zahir bin Mohd Rasyid
Timbalan Pengarah
Nurliyana Bt Che Ali
Setiausaha
Mohd Shahrul Azmi Bt Zawawi
Bendahari
Mohd Haizaq Farhan Bin Ramli
Ketua Fasilitator
Farhana Shaqira Binti Mustaffa
Penolong Fasilitator
Nur Aisyah binti Mohd Akil
AJK Makanan
Nurain Nuha binti Zamri
AJK Pendaftaran
Nordalila Bt Ghazali
AJK Sukan
Mohd Alfian Awang Ku Lek
AJK Tempat & Peralatan
Wan Munirah bt Wan Isa