Salam perjuangan buat sahabat-sahabat sekalian, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih lagi berada dalam nikmat Islam dan Iman. Marilah kita sama-sama berselawat ke atas junjungan kita, Rasulullah S.A.W yang merupakan contoh terbaik dikalangan umat manusia dalam segala hal.
Pertamanya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kalian semua kerana memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya dan rakan-rakan saya untuk memegang jawatan dalam Persatuan Perubatan Yayasan Terengganu,Mesir (PPYTM). Tidak dilupakan juga, jutaan terima kasih kepada Ketua Biro Penerangan dan Penerbitan kerana memberikan keizinan kepada saya selaku pengerusi untuk merakamkan kata-kata aluan di blog ini.
Rakan-rakan seperjuangan sekalian,
Sepertimana kita telah sedia maklum, sebuah persatuan yang menaungi semua pelajar sains kesihatan tajaan Yayasan Terengganu yang menuntut di Mesir telah ditubuhkan dan diberi nama Persatuan Perubatan Yayasan Terengganu, Mesir (PPYTM). Sebagai sebuah persatuan yang amat baru daripada pelbagai segi, segala teguran dan tunjuk ajar daripada pelbagai pihak amatlah diperlukan untuk memantapkan persatuan yang kita sayangi ini agar dapat mencapai matlamat penubuhannya. Firman Allah S.W.T yang bermaksud,
[3:103] Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan ni'mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena ni'mat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.
(Ali ‘Imran:ayat 103)
Berdasarkan ayat di atas,saya mengharapkan kita dapat saling bersatu padu di atas ‘tali’ yang telah ditubuhkan ini. Saya berasa tidak salah jika saya mengibaratkan keadaan kita sekarang seperti ayat di atas kerana perkataan ‘tali’ itu sendiri mengandungi maksud yang luas selagi tidak menyalahi syariat. Oleh itu, sebagai seorang pelajar muslim, kita hendaklah bersatu padu sesama kita tidak mengira tahun pengajian,tempat pengajian,ideologi politik dan fikrah selagi kita mengucap dua kalimah syahadah lebih-lebih kita yang berada di bawah sebuah persatuan. Sikap mementingkan diri dan tidak mahu mengambil berat sesama kita perlulah dikikis daripada diri kita seperti mana hadis Rasulullah S.A.W.
“Barangsiapa yang tidak mengambil berat akan hal saudaranya maka dia bukan daripada
kalangan kami”
Ahli-ahli persatuan yang dihormati,
Menjadi seorang pengerusi persatuan bukanlah satu tugas yang mudah dan boleh dipandang enteng semata-mata serta bukanlah satu sebab yang membolehkan seseorang itu menggunakan kuasa yang diperolehi sewenang-wenangnya tetapi merupakan tugas yang amat berat dan amat besar amanahnya. Bayangkanlah di hari pengadilan nanti, saya akan ditanya disetiap penjuru tentang tanggungjawab saya terhadap kamu semua. Justeru itu,saya amat-amat mengharapkan kerjasama yang tidak berbelah bagi daripada kalian semua agar kita dapat bersama-sama membawa persatuan kita yang masih hijau usianya ke tahap yang lebih tinggi supaya kebajikan kita dalam segala hal dapat dijaga.
Dalam kesibukan kita bepersatuan, janganlah kita lupa kepada tanggungjawab kita yang lebih utama iaitu menuntut ilmu dalam bidang kedoktoran ini. Melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Mesir ini banyak keistimewaannya sendiri jika kalian sedari kerana di sinilah kita dapat ‘menyelam sambil minum air’. Sambil kita mempelajari ilmu kedoktoran, marilah kita sama-sama berusaha mencari input tambahan yang menjadi rebutan oleh para agamawan di setiap pelusuk dunia apabila mereka datang ke Mesir. Ilmu agama dan sains tidak dapat dipisahkan seperti itulah kita diibaratkan sebagai seorang pelajar perubatan muslim. Percayalah sahabat-sahabat sekalian, semakin kita mempelajari ilmu perubatan semakin kita akan dekat kepada Allah S.W.T jika kita merebut kedua-dua ilmu ini. Seperti kata-kata ahli sufi, ‘jika hendak mengenal Allah S.W.T, hendaklah kita mengenal ciptaan Allah S.W.T. terlebih dahulu.’
Sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah S.W.T,
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menasihati sesama kita agar menjaga keselamatan diri masing-masing ketika di Mesir ini. Ikutilah peraturan –peraturan yang telah dibuat demi keselamatan bersama. Jauhilah perkara-perkara yang membinasakan diri kalian dan jika khuatiri terkena penyakit-penyakit bahaya atau terdapat gejala-gejala yang merbahaya,terus bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan sewajarnya. Sentiasalah ingat kepada kedua ibu bapa kita di Malaysia kerana keredhaan Allah S.W.T terletak kepada keredhaan mereka.
Akhir kata, saya sekali lagi memohon kerjasama dan amat-amat mengharapkan teguran dan tunjuk ajar daripada kawan-kawan sekalian kerana kita saling memerlukan antara satu sama lain. Saya juga meletakkan sepenuh kepercayaan kepada ahli-ahli jawatankuasa yang sanggup susah senang bersama dalam memantapkan lagi persatuan ini. Sesungguhnya komitmen daripada pihak atasan mahupun pihak akar umbi amatlah diharapkan demi membawa persatuan kita ke peringkat yang lebih tinggi,Insya Allah.
Firman Allah S.W.T yang bermaksud,
[5:2] Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi'ar-syi'ar Allah389, dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram390, jangan (mengganggu) binatang-binatang had-ya391, dan binatang-binatang qalaa-id392, dan jangan (pula) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari kurnia dan keredhaan dari Tuhannya393 dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji, maka bolehlah berburu. Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum karena mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidilharam, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.
[2:286] Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
(Al-Baqarah: ayat 286)
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud,
“tidak akan sempurna iman seseorang itu jika tidak mengasihi saudaranya sendiri
sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”
Sekian terima kasih. Wasallam.
MOHD FIRDAUS BIN MOHD YUSOF,
PENGERUSI,
PERSATUAN PERUBATAN YAYASAN TERENGGANU MESIR,
SESI 2008/2009.
assalamualaikum,selawat dan salam ke atas junjungan besar.yg mnyatukan ummah bukan memecahkn.bersatunya aus dan khazraj.bergabungnya muhajirin dan ansar..begitulah kekasih kita yg tercinta yg bersungguh mewujudkan perpaduan..
tapi ummahnya x tau di untung.bahkan lansung meninggalkan sunnahmu..moga aku lari jauh dari mereka yg keliru..thabatkan aku dari kalangn mu yg mngikutmu..
wujudnya kekeliruan dalam jiwa aku pada gunanya dalil ini untuk persatuan ini..
"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai"
bukankah kamu yg memecahbelahkn bukan menyatukan?ape hujah kalian apabila mmbelangkangkan PERUBATAN dan KPT?bg saya,kalian hnyalah mainan politik mereka yg kotor..
bg saya lbih baik jika kalian mewujudkan exco perubatan khusus didalam KPT..apa yg kalian buat ni mnyebabkan org2 baru semakin jauh dgn pERUBATAN..mereka jd semakin x berminat dgn program2 PERUBATAN..mungkin bagi kalian ia seperti x mmberi kesan..tapi saya yakin impak pada masa depan PASTI lebih besar..
pernahkah kalian terfikir..siapakah pada masa akan dtg yg akan mentarbiyah dan mmbentuk2 adik2 baru dgn roh Islam?senior2 di mansoura?adakah tuan pengerusi PPYT saudra Firdaus mahu ambil peranan?
tak mungkin bukan?jadi masih mngharap pada KPT dan PERUBATAN?maka kenapa perlu buat persatuan baru?
kalian memang jadi boneka kerajaan..begitu mudah dipergunakan..
satu perkara yg menggelikan telinga saya..
saya petik kata2 tuan pengerusi PPYTM
"saya mengharapkan kita dapat saling bersatu padu di atas ‘tali’ yang telah ditubuhkan ini. Saya berasa tidak salah jika saya mengibaratkan keadaan kita sekarang seperti ayat di atas"
begitu 'indah' kalian menyamakan persatuan ini dengan agama Allah.sedangkan pergerakan persatuan kdg2 dilihat tidak selari dgn syara'..ikhtilat tak terjaga..program yg mengarut..dan saya pasti dengan dengan ahli yg ada didalam persatuan ni,besar kemungkinan akan lbih banyak program yg lebih mengarut..
jadi cmne nak wujudnya kepercyaan pada persatuan ini?
cubalah kalian bermuhasabah..ambil masa,renungkan dgn positif..apa yg saya tulis ini bukanlah atas dasar emosi..jadi cuba kalian membaca komen ini dgn nada yg positif..moga Allah trus mmberi rahmat atas kita..ameen
x nak jwb ke?@ xleh jwb?kesian pada diorg yg x memahami apa2...
salam..
terima kasih saudara al faqir ilallah yg sudi menjenguk blog n ucapan saya seterusnya memberi komen dan pertanyaan2 yg bermain di fikiran kamu,.untuk pengetahuan saudara,saya baru je tahu ada komen dan sy terus membalasnya kerana saudara telah lama menunggu jwpn sy..minta maaf saudara kerana sy sibuk dgn komitmen belajar dan internet yg xmengizinkan..maaf byk2..sy cbe menjawab persoalan saudara..lapangkan hati,selwat byk2 dan bukakan pemikiran kita bersama..
1.bukankah kamu yg memecahbelahkn bukan menyatukan?ape hujah kalian apabila mmbelangkangkan PERUBATAN dan KPT?bg saya,kalian hnyalah mainan politik mereka yg kotor..
bg saya lbih baik jika kalian mewujudkan exco perubatan khusus didalam KPT..apa yg kalian buat ni mnyebabkan org2 baru semakin jauh dgn pERUBATAN..mereka jd semakin x berminat dgn program2 PERUBATAN..mungkin bagi kalian ia seperti x mmberi kesan..tapi saya yakin impak pada masa depan PASTI lebih besar..
pernahkah kalian terfikir..siapakah pada masa akan dtg yg akan mentarbiyah dan mmbentuk2 adik2 baru dgn roh Islam?senior2 di mansoura?adakah tuan pengerusi PPYT saudra Firdaus mahu ambil peranan?
tak mungkin bukan?jadi masih mngharap pada KPT dan PERUBATAN?maka kenapa perlu buat persatuan baru?
kalian memang jadi boneka kerajaan..begitu mudah dipergunakan..
-->persatuan ini ditubuhkan ats dasar menjaga kebajikan pljr MEDIC YT sndiri..ini juga ats saranan pengarah YT sndiri yg mahukan bdk2 MEDIC YT di mesir mmpunyai persatuan sendiri..adkh saudara tahu mksd persatuan??persatuan ini sbuah organisasi yg ada ahli sndiri,carta organisasi sndiri,kewangan dan dasar2 perlembagaan sndiri..bila menjadi exco,.xjdlah nama persatuan,.hrp saudara fhm la yep..kami ada perlembagaan sendiri mlhn bantuan kewangan yg disalurkan oleh YT kepada kami.maka apakah salah kami bila kami menubuhkan persatuan kami??soal membelakangkan PERUBATAN dan KPT malah memecahbelahkan perpaduan tida timbul dibenak saya..sy ingin tnye saudara yg beragama ISLAM.,ats dasar ape kita bersatu??kalo sy bersatu dan sy menyayangi ats dasar islam..akidah islam itu sndiri yg menyatukan kita..menyatukan saya dgn kawan2 sy pljr agama sendiri..tp sy amat hairan jika kita sume bersatu ats persatuan dan hnya nak dgn org yg ada fikrah yg sama..maka jika tertubuh mana2 persatuan,sudah psti satu persatuan lain amat2 bengang dan melenting..saya berbaik sgka kpd kamu krn kamu islam,kamu mengucap dua kalimah syahadah..kamu saudara sy..kerana kamu islam..
-->POLITIK??saya dh agk dh bab ni akn timbul,.saya nk kata pendek je,.kalo PAS yg pegang terengganu pd masa ini dan ditakdirkn ALLAH pengarah suh bt persatuan bdk2 medik,.saya rse isu ni xn timbul sbb mse tu PAS@parti saudara yg sruh..tp dh menjadi takdir ALLAH bhwa ketika BN yg pegang terengganu dan kebetulan pengarah suh wat persatuan..bnda ni dikaitan dgn POLITIK..di manakah kewarasan akal saudara ketika mengaitkan isu ni dgn politik??sudah sy katakn dlm ucapan bhwa xde kena mngena dgn politik..adkh saudara mengerti@ tidak??sgguhnya,benarlah kata seorg tuk guru pondok,.politik skrg kotor dan hina..hilang sudah akhlak2 pendakwah bg mereka yg mengaku ingin berdakwah melalui politik..
-->org baru makin jauh dr PERUBATAN??hebat benar PPYT ni..br je tubuh..xde organisasi mntap,.br berhingus pn dh menyebabkn bdk2 baru jauh dr PERUBATAN yg hebat,besar,berorganisasi mntap,..saudara,.saudara tnye sndiri ke knp mereka xpergi progrm2??adkh kerana ade PPYT ni??@kerana sbab2 lain yg tidak mengizinkn mereka pergi??saudara jgn melulu dlm membuat kenyataan..bahaya..setiap saudara katakn akn dihisab ALLAH..
-->tarbiyah..saudara alfaqirlilah,.persatuan ni br je tubuh,bnyk kelemahannya,dan persatuan ni bknla besar smpai perlu dipersoalkan penubuhannya,ahli xramai,.adkh bila berdakwah smpai perlu berkira??kamu persatuan mane??kamu bkn dikalangan kami..kamu xleh join kami..kamu group lain.,saudara alfaqirlilah,.adkh KPT@PERUBATAN sndiri prnh berkira dgn kami ni?sy psti ini hnyalah pndgn saudara..KPT@PERUBATAN yg ikhlas mengadakn tarbiyah2..alhamdulilah..moga2 ALLAH membalas jasa baik kalian kerana kita sume umat NABI SAW..saudara bcela alquran sndiri dan terjemahannya serta AMALKAN dlm kehidupan seharian tentang kpntingan tarbiyah..jgn berkira sgt saudara..kami persatuan baru bnyk lagi bnda yg perlu baiki..insyaALLAH kami akn perkemaskan..terima kasih kpd saudara kerana kelihatan amat cakna kpd kami..terima kasih bnyk2..apabila kami dh establish,kami akn memperbaiki sedikit demi sedikit..
-->boneka kerajaan..mudah dipergunakan??siapakah boneka kerajaan??anda lantang bercakap..mengadili kami sesuka hati..adkh dgn mngikut apa yg kerajaan suruh dikatakn boneka??silap tafsiran la kamu ni..adkh kerajaan suruh kami bt bnda maksiat??adkh kami berbuat dosa dgn mengikut kata kerajaan??perlukah sy mnyebut firman ALLAH??pdhl kamu sy rasa lebih arif..baca alQuran,fahami btol2 dan amalkan dlm kehidupan seharian..insyaALLAH aman dunia tanpa fitnah dan keji mengeji serta berburuk sgka..
2.satu perkara yg menggelikan telinga saya..
saya petik kata2 tuan pengerusi PPYTM
"saya mengharapkan kita dapat saling bersatu padu di atas ‘tali’ yang telah ditubuhkan ini. Saya berasa tidak salah jika saya mengibaratkan keadaan kita sekarang seperti ayat di atas"
begitu 'indah' kalian menyamakan persatuan ini dengan agama Allah.sedangkan pergerakan persatuan kdg2 dilihat tidak selari dgn syara'..ikhtilat tak terjaga..program yg mengarut..dan saya pasti dengan dengan ahli yg ada didalam persatuan ni,besar kemungkinan akan lbih banyak program yg lebih mengarut..
jadi cmne nak wujudnya kepercyaan pada persatuan ini?
-->kamu membahaskan mngenai saya menyamakan 'tali' ni??sy ingin katakan pada kamu wahai saudaraku..perkataan 'hablu' dlm bhsa arab dan 'tali' dlm bhsa melayu merujuk pada mksud yg luas..usah sempitkan tafsiran saudara ttg ayt ALLAH..utk menterjemah ayt mudah tp utk mentafsir ayt ALLAH memerlukan kajian ilmu yg luas..'tali' disini bkn sy mksdkn agama ALLAH tp satu bnda yg mengikat kita sesama islam..ukhuwah kita juga adlh 'tali',.persatuan kita juga adlh 'tali'..sekiranya saudara kurg fhm mksd sy,.belajarlah ilmu balaghah dgn org yg arif..jgn sempitkn tafsiran saudara..ayt2 ALLAH penuh dgn gaya bahasa,susun kata,balaghah2 yg mmg mendalam..tlg jgn sempitkn..
-->tidak selari dgn syariat,ikhtilat dan program mengarut??boleh saudara nyatakn contoh2 tidak selari dgn syariat??tlg nyatakan ape program yg kami dh anjur..rsenye baru 1 progrm utk akhwat..xpela.,tlg nyatakan supaya sy boleh amik cakna dan perbaiki..satu lagi,ikhtilat..ape yg saudara nmpk ikhtilat??adkh kerana kami selalu berkomunikasi dgn pihak akhwat dikatakn ikhtilat??adkh kami naik satu van dikatakan ikhtilat??adkh kami saling membantu dikatakn ikhtilat?adkh kami tidak berpakaian seperti kamu2 yg alim boleh dikata sedemikian rupa??mintak spesifikkn..agr sy boleh amik berat..tlg ye wahai saudara..sy mengharapkan..
-->"saya pasti dengan dengan ahli yg ada didalam persatuan ni,besar kemungkinan akan lbih banyak program yg lebih mengarut.."
saudara,.jgn berburuk sangka,bersihkan hati..usah dikecam dan berburuk sgka..bertasauflah dgn ilmu..bertasauflah..jgn menilai mkhluk dr luaran..tidak baik begitu..sy syorkn saudara kitab Ihya Ulumuddin karya al Imam Ghazali..sama2 kita perbaiki diri kita..
-->"cubalah kalian bermuhasabah..ambil masa,renungkan dgn positif..apa yg saya tulis ini bukanlah atas dasar emosi..jadi cuba kalian membaca komen ini dgn nada yg positif..moga Allah trus mmberi rahmat atas kita..ameen"
ameen...apa yg baik,kami ikut selagi xbercggah dgn syariat selagi bnda2 yg xmnjadi khilaf..kami ikut,.malah kami juga beramal dgn al Quran n As sunnah..saudara n kami sama agama..ISLAM..apa yg silap kami perbaiki tp INGAT..BKN MUDAH UTK PUASKN HATI SEMUA PIHAK..fahami dan renungi dalam2nya..
-->"bgaimana mahu jadi pemimpin jika fikrah masih trumbang ambing dan hnya mngikut-ikut..jgn buat lawak..adakah hnya dgn blaja tnpa tarbiyah sdh bolh mnjadi pemimpin?mmg boleh,TAPI SEKULAR..nauzubillah.."
NAUZUBILLAH..sekular..insyaALLAH moga2 ALLAH menjauhkn saudara dan kami dr mnjadi begitu..moga2 kita terlindung dr sifat ujub diri,sifat angkuh pd ilmu,sifat berburuk sgka,sifat riak,sifat sombong dan sifat merasakan diri hebat drp org lain..amenn ya RABB..
kesimpulannya.,.terima kasih byk2 ats komen saudara..sy pasti saudara kurang mklumat ttg persatuan kami..tp jgn risau bka lah blog ni sokmo2 dan ikutilah perkmbangannya..insyaALLAH,saudara akn dekat dgn kami..tegurlah kami jika silap..jgn menghentam..kerana seorg daei bersifat sabar dan penuh bijaksana dlm berdakwah..sekian..
p/s:kepada saudara yg saya hormati,tlg gunakan nama yg btol jika saudara ingin menegur agr ketulusan dlm mengomen dan bertanya itu ada..kerana berani kerana benar takut kerana salah..
yang benar,.
MOHD FIRDAUS BIN MOHD YUSOF..
TAHUN 3 MANSURAH..
well done pres ppyt! =D
Y.h
assalamualaikum...
saya salah seorang daripada ahli PPYT. saya nk bawa satu firman Allah.. jika sampai kepada mu satu berita dari seorang yg fasik, maka siasatlah..
Allah jelas berfirman, kamu tidak boleh menerima bulat2 tntg sesuatu perkara yg kamu trima. lafaz 'fatabayyanu' bermaksud siasatlah... seharusnya saudara yg siasat perkara itu.. kemudian barulah saudara pertimbangkan perkara itu...
seharusnya saudara patut sertai setiap aktiviti yg kami lakukan.. kami sedikit pun tidak kisah kalau itu yg saudara mahukan.. faddhal... jika kami ade lakukan kesalahan, saudara boleh tergur kami on the spot..
saudara, jgn lah dipandang kami pelajar2 medic ini dari luaran... walaupun mungkin kami tak memakai kopiah, tak memakai jubah, tapi kami tetap laksanakan perintah2 Allah... malah ape yg saya slalu lihat, pelajar2 medic semakin kedepan.. kalau dilihatkan pelajar2 medic yg sering kali memenuhi saf2 hadapan di musolla.. pelajar2 medic laah yg sering kali menjadi imam. jika diberi lebih byk ruang utk kedepan, mungkin lebih ramai lagi yg akan menjadi imam selepas ini..dan saya turut lihat orang2 inilah yg sebenarnya dahagakan ilmu, samaada duniawi dan ukhrawi.. orang2 inilah yg byk bertnya masalah2 berkaitan dengan agama...ubah lah pemikiran ustaz terhadap kami. jgn lihat kami dari luaran.
ustaz.. saya tak rase yg kalangan kami ini gemar berpolitik. tapi saya lihat ustaz pulak yg menimbulkan hal ini dalam persatuan kami.. kami ada wawasan. utk berjaya dalam mase yg diberi, utk berkhidmat pada masyarakat. kami berkhidmat kepada semua org baik melayu, mahupun bukan melayu. kami yakin, kami sendiri yg memilih karier doktor ini sbgai satu jalan dakwah kami.. cuba buka minda ustaz. tdak semestinya seorang doktor itu tidak boleh berdakwah kepada pesakitnya.. malah seorang doktor adalah lebih dekat lagi dengan pesakitnya..
akhir kata... saya ingin ucapkan berbanyak trime kasih kpd ustaz yg alert dalam soal kami... saya bukan lah disini untuk menegakkan suatu fahaman ataupun pandangan, kerana saya seorang insan yg lemah, yg tidak diberi perhatian yg istimewa pun oleh mana2 pihak...
yg baik itu datang dari Allah, yg buruk itu datang dari kelemahan kami sdri... wasalam....
salam..ambil nafas..redakan degupan jantung..
ana bukan ust dan x layak dipanggil ust..ana juga bukan pelajar kuliah pengajian Islam...ana hnya sorg pelajar perubatan dan juga bukan warga terengganu..sekadar berjalan melihat dan mentafsir..segan lak dipanggil ust..betul ni..bukan bohong tau..ana x main tipu2 ni
ana tertarik dgn satu kenyataan..
KPT dan PERUBTAN x kisah pun dalam nak mentarbiyah ahli2 PPYTM..
bg ana diorg pun mmg x kesah pun..sememangnya tgjwb dakwah tu atas sume..dan lahirnya pelajar2 medic yg mampu kehadapan adalah hasil dari didikan ust2..
tapi pernahkah kita terfikir..
apabila pada satu masa,ada yg ambil kesempatan pada PPYTM ni.apabila pergerakan kalian semakin kemas dan sistem yg makin mantap..pada waktu tu kedudukan kalian seperti KPT yg tiada sokongan.tiada bantuan.yg ada hnya sokongan ahli..namun ahli juga ditarik..ahli juga dipesongkan pemikiran.timbulnya fitnah keatas PPYTM..apa pandangan saudara?x kesah?cubalah jwb dgn hati manusia..
bukankah lbih baik bg kita bersama dalam satu kumpulan..
lagi satu..knp diwujudnya hny persatuan medic shja?adakh pelajar pengajian Islam di anak tiri kn?mungkin 1 persoalan yg tuan Pres blh tnyakn pada pengarah YT..krn itu ana katakn,jgnlah kita hny mngikut..
mungkin betul kata kalian..ana perlu lebih menganalisis lagi..
jazakumullah..
Salam perjuangan bt al-faqir ilallah..
terima kasih ats kecaknaan anta..ana bukan ape tp cuma menerangkan serba sedikit bg menjawab kemusykilan anta..moga2 kemusykilan anta sedikit terjawab..
berkaitan dgn isu tarik menarik ni,.tidak timbul lgsg isu ni,.sy beranggapan persatuan ini utk bdk medik,ahli wajib pd tajaan YT,.kami xmengamal sistem paksa..kalo org ckp lebih kurg,.yg paling baik akn dpt survive..atas org la..terserah..nk pilih mana satu..pilih dua2 pon xpe..'pandai-pandai nk hidup' slgi xmelanggar syariat..islam itu luas dan mengajar cara kita hidup di segala zaman n waktu kerana itu islam itu universal..hrp2 anta fhm apa ana mksdkn dan ana hrp ana pon dpt fhmkn anta..jika xsmpai mksd,ana jemput anta ke mansurah..kita kenal2,.bincang2 tukar pendapat ttg isu2 yg saudara kurg fahami..mgkin ana kurang anta lebih n mgkin ana lebih anta kurg.. kerana Nabi SAW kata,setiap perselisihan faham antara umatku adlh rahmat..sila beri tnjuk ajr..insyaALLAH..
syukran saudara alfaqir ilallah..
MOHD FIRDAUS BIN MOHD YUSOF
THN 3
MANSURAH U..
no worries..berlapang dada dalam menerima teguran.thnks kpd pengerusi yg sudi menjwb.bersamalah kita baiki apay yg salah..kite mesti sekurang-kurangnya ada azzam yang tinggi untuk menjadi yang terbaik(seperti mana yang telah kita cakapkan) kalo kite nak tunggu amar ma'ruf nahi munkar sampkai kite 100% baik,alamatnya huru hara la dunia ni,coz nobody is perfect! kte tak maksum cam rasul,so strive for the best! biar Allah menilai amal kte! ;)
pidah...malam ni mkan pizza bregma plop...hahahah..
hahaha al faqir org klantan ehhh? budak tajaan mara/jpa cam x logik suke amek tahu hal2 anak negeri keh3
peace no war!
salam..
al-faqir, klu nk join persatuan ni pon boleh gak.. bagi name ngn no ic. haha.. ape daa.. suke ati ar nk wat persatuan pape pon..
awak ckp org suruh ambil nafas la, redupkan degupan jantung la.. yg awak post comment ni..??? "x nak jwb ke?@ xleh jwb?kesian pada diorg yg x memahami apa2..." sape yg kalut skrg ni???? pstu mule nk ber'ana-anta' plak.. heishh...
klu nk bg nasihat, ckp baik2..
ade ke main serang cmtu je.. pk baik2 ye kamu...
BUDAK MATANG
TAHUN 2,
CAIRO UNIVERSITY
x logik kalau al fakir tu bukan anak terengganu..macam mane die boleh tau pasal mslh2 kpt yg tiada bantuan,tiada sokongan kalau die tu bukan anak terengganu..hermm..pelikk..btul kata tuan presiden,nk setel mslh pergi mansurah,bincang elok2..jgn duk jadi pengecut,dalam blog je boleh berhujah panjang2..kenape nk lindung identiti sendiri kalau rasa diri anda dijalan yg benar..
mereka yg assobiah bkn dari kalanganku..
fikir2kn selamat beramal
Belajar bersungguh semua!
xbaik gadoh2 ssame Muslim ni,
musuh2 Islam duk tepuk tngan..
nk gadoh jgk gi gadoh ngn Israel ke spe2 ke yg lwn Islam..
konfem2 syurge..
(jannatul firdaus yg kte nk)
salam..
slowkn secretion of adrenaline pd pengomen2 sekalian..
berdasarkn komen2 diatas..diharapkn kita semua telah mmbuka minda kita dan sedikit sbnyk menjwab persoalan2 yg timbul ttg PPYTM..hendak@tidak kita perlu mngakui 'keadaan begini' adlh ke'keunikan' di mesir yg anda sume xkn jumpa di mana2..
justeru itu,sy merasakan sudah cukup kita tulis komen2 yg berunsurkan syak wasangka terhadap mana2 individu..
kalian perlu ingat pd zaman kehancuran umat ini,jgn bergaduh bab2 kecik sprti fikrah2,mazhab2,khilaf2 ulama' malah kita perlu bina diri kita dan org sekeliling kita..serulah org lain kembali pd ISLAM..mempraktikan ajaran ISLAM yg syumul dan mudah dan universal..ciri2 daei perlu ada dlm dakwah msa kini agar tindak tanduk kita tidak mnyebabkn org makin jauh dr islam walau pd hakikatnya,kita hendak menarik mereka pd islam...firman ALLAH, "serulah kpd jalan TUHAN kamu dgn bijaksana dan peringatan yg baik.."
insyaALLAH,bersama2 kita mmbina ukhwah kita dan bersatu padu dlm persatuan kita dgn sikap berlapang dada terhadap mana2 individu lain..sekian..wasalam..
MOHD FIRDAUS B MOHD YUSOF
suka bace komen2 ni...
bagus2..selamat maju jaya buat ppyt..
berlapang dadalah..
tu je..
huhuhu..saye ahli perubatan yt n ape2 je name perubatan punye persatuan~
n saye rase la kan,
mase tubuhnye persatuan medik yt ni,
x pernah pon terfikir akan timbul soal assabiah ke,masalah sekular n lain2 la..
kami involve je dgn xtvt 'kpt' buat,
juga involve je dgn ape yg 'perubatan' buat..
xpernah nk pinggir kan mane2 persatuan..
masing2 ade hak masing2..
suke hati la nk involve mane2..
satu lagi,dgn adenye persatuan medik YT neh,kami lebih terbela..
sbb perubatan biasanye lebih utamakan dak2 jpa..
ape salah nye kami tajaan negeri wat persatuan sendiri..
lagi pom,yg timbol soal kpt neh kenape?
sepatutnye ni just isu perubatan la..tu pon kalo ade r~
kalo kpt tu kementerian pengajian tinggi ye la jgk..
ape da~~bosan r..
mende neh pon nk jd isu beso..baik study rajin2,br la lega hati sume org..
satu g nk jwb pasal ikhtilat dr last year kitrg kne sbb g kuliah naik van same2..
bukan kami duk atas riba sape pon..
dan kami bukannye bertepuk tampar dgn opposite sex k..
padahal kamu semua naik tremco biase pon kadang2 duk sebelah org opposite sex jgk..
tu x kire ikhtilat ke tu??m?
pandai2 la pk yep..
islam x menyusah kan dan islam universal..
sebagai umat islam,malu jika kite didapati menyempitkan pemikiran tentang islam itu sendiri..
saye masih kurang ilmu agama tapi saye rase saye paham je ape yg dimaksudkan oleh persatuan ini..
dan saye x minat politik..
not now..im a student..
ni ape yg saye rase as one of ahli persatuan medik yt..
pidah...male ni kito makan bregma...suh zala belanjo
salam...pidah..mai makan pizza bregma malm ni..zala belanjo
salam wabarakat, jgn kerna benda ni, kita bergaduh ,xyah la, ngaji la...cuba pergi kuliah ust salman gak,blajar AGAMA... xpasal2 blh dosa duk jadi kerja bergaduh dlm blog ni...ish2. BERANI UTK BERUBAH...
salam...
saya ingin bertnya.. dengan tertubuhnya PPYTM inin bermakna kami ni assabiah ker... saya nk tny.. berapa ratus persatuan yg ade kat mesir ni.. knp dieorg ustaz tak ckp pun assabiah? sdgkan kami ni pulak assabiah? jgn begitu ustaz... kami tubuhkan persatuan ini semata2 nk menolong anak2 trg sdri... kami bukannya berharap 100% kpd pegawai. kami sdri yg berusaha sesama sendiri jika ada masalah...
satu lagi.. bukannya tertubuhnya PPYTM ni kami melarang same skali utk ahli2 kami join mane2 persatuan.. tidak same skali... dipersilakan... kami sgt2 mengalu2kan ahli2 kami utk berpersatuan.... kerana kami bersikap professional.. tidak taksub kpd ketua kami sorg jer.. yg mane baik dalam persatuan lain kami contohi.. yg buruk kami hundari...
kami membina rumah baru... sbgai 'jiran' kepada rumah kami, sptutnya ustaz menyokong kami.. itulah adat berjiran.. tlg menolong antara satu sama lain... ziarah menziarahi... kalu ustaz nk 'ziarah' kami boleh.. kami sdri pun akan 'ziarah' persatuan ustaz..tak jadi masalah.. kite redakan keadaan kite eratkan ukhuwah...
satu agi...saya rase kpt sdri yg menyekat ahli2nya utk masuk persatuan lain.. dan menyebarkan macam2 fitnah terhadap persatuan lain..sampaikan dalam majlis2 ilmu ade jugak disebut.. fahaman ape yg dieorg bwk.. takut hilang ahli ke? kalu KPT tak mengongkong ahli2 nya, die takkan hilang ahli... cari care terbaik utk berdakwah.. bukan dalam paksaan.. tunjukkan sikap yg baik.. kurgkan unsur2 politik di khalayak ramai.. bab2 politik kita bawak kebelakang. bukan kita tak boleh sentuh langsung, tapi isu2 sensitif ini lebih elok dibicarakan di belakang... yg penting tunjukkan kesungguhan dalam pelajaran dulu. buktikan kita berjaya dalam mase yg ditetapkan..
kami sebenarnya tak nk bergaduh.. pada kami semua ini sia2... biarlah kita same2 bersatu... saya mmg terkejut dgn gaye ustaz hantar komen kat blog kami.. tidak seperti utk berdakwah... seperti utk mencari kesalahan kami dan menghentam kami... kami tahu ilmu kami tidak sehebat ustaz tapi, kami sdri ada maruah...
cukup sahaja kalam saya sampai disini.. yg baik itu datang dari Allah, yg buruk itu datang dari diri kami sendiri...
wasalam...
BUDAK MEDIC PPYTM
salam..emm..adakah perlu pada ana untuk mnjadi org trgnu bagi untuk masalah ummah..bukanlah org Islam jika x ambil tahu hal ehwal org islam..
ttg ikhtilat
bg ana xde masalah naik 1 tremco..pada hakikatnya kalian sndri x dpt kenal pasti maasalah ikhtilat dlm diri kalian..ana mngatakan ni bukan khusus pada pelajar medic shja..mslh ni juga ada pada pelajar pengajian Islam..
jangan bimbang..ana pun dah utarakn masalah ni dgn ust2..
jd menunggu penerimaan pelajar medic pula..tp ana yakin pelajar medic pun blh trima..
salam..emm..adakah perlu pada ana untuk mnjadi org trgnu bagi untuk masalah ummah..bukanlah org Islam jika x ambil tahu hal ehwal org islam..
answer : tidak ade satu post pun kat atas tu mengatakan ustaz perlu menjadi org trg utk jaga sal ikhtilat ni.. kami hanya tidak setuju dgn care ustaz sahaja... seperti ustaz memprovok kami utk cari balah ngan ustaz.. ustaz bace balik ayat ni...
"x nak jwb ke?@ xleh jwb?kesian pada diorg yg x memahami apa2..."
satu penghinaan terhadap kami.. kalau begini lah care ustaz, ustaz silap lah nk tgur kami...
oleh kerana sbhgian kate2 ustaz itu betul, pada kami biarlah kami berlapang dada. saya harapkan ustaz dapat ubah sikap ustaz tu... cari jalan yg betul dalam dakwah...tunjukkan contoh yg baik.. nescaya kami sdri akan malu terhadap ustaz, dan akan sdri berubah sikap, akibat sikap baik ustaz.. wasalam...
terima2~~kami terima je nasihat al faqir ilallah tuh bab2 ikhtilat tuh..tp al faqir ilallah pon perlu belajar lagi..sama2 kita belajar..apakah ikhtilat yg dibenarkn..setakat mana batas syariat ttg ikhtilat..yg mana kategori haram..mana dibolehkn..ikhtilat dlm arab..percampuran dlm bm..bljr lagi..jgn tertipu dek istilah..jgn menerima bulat2 dan mnjatuhkn hukum bulat2..bce fatwa2 ulama masa kini kerana mereka lebih mngetahui islam utk msa kini..tasauf dlm kehidupan..
p/s:apa yg penting.?KERJASAMA..tgk wonderpet x??bgus tgk cite tuh..pengajaran dr haiwan utk mnusia2 seperti kita..apa yg penting?KERJASAMA...
salam berlapang dada pd semua..
haih la al faqir ilallah...kan dah tak pasal2...