PPYT Mesir

WWW.PPYTMESIR.BLOGSPOT.COM

Persatuan Perubatan Yayasan Terengganu Mesir dianggotai oleh pelajar-pelajar tajaan Yayasan Terengganu dan persendirian yang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Mesir.

Faculty of Medicine Mansurah University

www.mans.eun.eg

Mansoura University is famous for its specialized Medical centers, which provide both medical and academic services. They include the main mansoura university hospital, the children hospital, the specialized hospital for general internal diseases, the ophthalmology center, the digestive system center and the Urology and Nephrology center. The latter is the biggest of its kind in the Middle East.

Ain Shams University

net.shams.edu.eg/

Ain Shams University, as the third Egyptian university, was founded in July 1950 under the name of "Ibrahim Pasha University". It participated with the two earlier universities, "Cairo University" (Fua'd the 1st ) and "Alexandria University" (Farouk the 1st) in fulfilling the message of universities and meeting the increasing demand of youth for higher education.

Ketawa boleh meningkatkan tahap kesihatan jantung

Posted by ~Persatuan Perubatan Yayasan Terengganu Mesir~ On 4:35 AM

CALIFORNIA: Ketawa memang boleh menjadi bentuk penawar terbaik kerana ia baik untuk jantung, menurut kajian, yang menunjukkan doktor mendapati risiko terkena serangan jantung boleh dikurangkan dengan pesakit digalak menonton program komedi.

Pesakit yang disifatkan sebagai 'suka ketawa' menambah kadar kolesterol baik, yang melindungi mereka daripada sakit jantung, dalam aliran darah.

Penyelidik berkata, hasil kajian boleh menjadikan ketawa sebagai rawatan berguna kepada beberapa keadaan.

Dr Lee Berk dari Universiti Loma Linda di California, yang mengetuai kajian, berkata: "Pakar klinikal terbaik memahami ada campur tangan fisiologi asas mengenai emosi positif seperti suka ketawa, optimis dan harapan seseorang.

"Jadi, pilihan seseorang mengenai gaya hidup memberi impak penting kepada kesihatan dan penyakit."

Luahan ketawa sebagai antara bentuk rawatan sudah dicadangkan sejak berdekad lalu, tetapi tidak banyak bukti kukuh mengenai kesan dari segi kesihatan kepada pesakit.

Bagi kajian terbaru, pesakit diminta memilih program komedi atau filem yang mereka dapati paling melucukan. Mereka kemudian diminta menonton program pilihan untuk sekurang-kurangnya setengah jam sehari selama 12 bulan. Hasil kajian yang dibentangkan pada persidangan 'Experimental Biology' di New Orleans, menunjukkan selepas setahun kumpulan yang disifatkan suka ketawa menunjukkan peningkatan 26 peratus kolesterol baik.

Pesakit yang cuma mengambil ubat tanpa banyak ketawa cuma menunjukkan peningkatan sebanyak tiga peratus. Kumpulan yang menonton program komedi juga menyaksikan penurunan 66 peratus dalam jumlah protein reaktif C yang merosakkan dan meningkatkan risiko sakit jantung, dalam tubuh.
Sementara kumpulan satu lagi turut menyaksikan kejatuhan jumlah protein itu tetapi pada jumlah lebih kecil iaitu 26 peratus selama lebih setahun.

sumber:Berita Harian 20 April 2009

fakta medik

*protein reaktif C (CRP) - protein yang abnormal dimana akan meningkat dalam sesetengah penyakit. e.g. rheumatic fever dan digunakan sebagai diagnosis penyakit.

0 Response to "Ketawa boleh meningkatkan tahap kesihatan jantung"

    ::GuestBook::


    ShoutMix chat widget

    Followers

    TABDIV