PPYT Mesir

WWW.PPYTMESIR.BLOGSPOT.COM

Persatuan Perubatan Yayasan Terengganu Mesir dianggotai oleh pelajar-pelajar tajaan Yayasan Terengganu dan persendirian yang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Mesir.

Faculty of Medicine Mansurah University

www.mans.eun.eg

Mansoura University is famous for its specialized Medical centers, which provide both medical and academic services. They include the main mansoura university hospital, the children hospital, the specialized hospital for general internal diseases, the ophthalmology center, the digestive system center and the Urology and Nephrology center. The latter is the biggest of its kind in the Middle East.

Ain Shams University

net.shams.edu.eg/

Ain Shams University, as the third Egyptian university, was founded in July 1950 under the name of "Ibrahim Pasha University". It participated with the two earlier universities, "Cairo University" (Fua'd the 1st ) and "Alexandria University" (Farouk the 1st) in fulfilling the message of universities and meeting the increasing demand of youth for higher education.

Sireh Pulang ke Gagang~

Posted by Dr Marami On 10:00 PM

semua tak lepas dari senyuman!

Haiyyu Asyir, 6 July - Bagai sireh pulang ke gagang, bagai belut pulang ke lumpur. Itulah peribahasa yang dapat saya gambarkan apabila senior-senior saya pulang ke Cairo untuk melawat adik-adik yang disayanginya. Belum pun habis penat menjalani imtihan yang baru sahaja selesai, mereka dengan segera sepakat turun ke sini biarpun menempuhi perjalanan selama 3 jam dari Mansurah.

Pertemuan yang tidak dirancang ini adalah satu kejutan buat kami yang berada di Cairo kerana kami hanya diberitahu pagi sebelum kedatangan mereka pada petang itu. Tambahan pula sebahagian daripada pelajar-pelajar tahun 1 dan tahun 2 belum lagi mengakhiri imtihan mereka yang mana hanya tinggal satu kertas sahaja lagi iaitu Biochemistry bagi tahun 1 dan Psikologi bagi tahun 2. Walau dalam keadaan imtihan sekalipun, warga Cairo disini sanggup mengorbankan masa belajar semata-mata untuk bertemu kakak-kakak dan abang-abang mereka yang datang dari jauh.

Pertemuan yang diadakan di rumah pegawai Terengganu yang berlangsung selama 1 jam itu sudah cukup untuk melepaskan rindu antara kami semua. Disebabkan oleh kekangan masa, jarak yang jauh antara kami menyebabkan kami sering terpisah dan saling tidak bertemu muka dalam jangka masa yang lama.


sebahagian wakil pelajar lelaki yang hadir...

Pertemuan kami diisi dengan beberapa ucapan daripada wakil-wakil pelajar Cairo dan Mansurah, seterusnya ucapan dari presiden kami sendiri iaitu Mohd Firdaus bin Mohd Yusof, serta ucapan dari pegawai kami iaitu Ustaz Kamal. Beberapa pesanan dan nasihat yang diberikan kepada kami terutamanya mengenai kebajikan kami sendiri. Belum pun sampai setahun kehadiran beliau disini, sudah banyak khidmat beliau kepada kami dalam menyelesaikan masalah-masalah sepanjang kami berada disini.

Perbualan yang berlangsung kelmarin adalah tidak lain tidak bukan seperti perbualan antara abang-abang dan kakak dengan adik mereka yang menyaksikan banyak perkongsian, usik usikan yang berlaku. Ini tidak lain dan tidak bukan membuktikan bahawa, walaupun sudah lama terpisah, hubungan kami masih mesra seperti dahulu ibarat pepatah bagai isi dengan kuku. Tawa riang, gurau senda, tidak perlu diceritakan lagi kerana masing-masing saling gembira dapat bertemu muka setelah sekian lama terpisah.

Oleh kerana masa mencemburui kami, kami merelakan juga abang dan kakak-kakak pulang semula ke Mansurah. Walaubagaimanapun kami bersyukur atas kehadiran mereka, yang sudi meluangkan masa kepada kami, dan memahami akan kekangan peperiksaan yang kami sedang hadapi sekarang ini. Mungkin ini adalah pertemuan kami yang terakhir di bumi Mesir ini, sebelum memulakan penggal baru pada awal Oktober ini. Diharapkan kita dapat bertemu lagi, dan merancang lagi program-program sebegini di tanah air kita!

Air yang dicincang tidak akan putus. Datang kita datang bersama, pulang kita pulang bersama.....

3 Response to "Sireh Pulang ke Gagang~"

  1. hahaha..lucu molek pemberita nih..hohoho..

    hok semat picture duo ore kak bwh tuh..lucu molek ah..hahaha

     

  2. Dr Marami Said,

    buke lucu.. cube jadi serious.. tapi dop jadi... kak nut siap nk nanges bace post aku mum lok buleh kato lucu.. hampeh pidah...

     

  3. gle terharu bace post ni..hehehe..nway thnks marami for da nice job!
    thnks krn sudi update blog...hahaha..

     

    ::GuestBook::


    ShoutMix chat widget

    Followers

    TABDIV