PPYT Mesir

WWW.PPYTMESIR.BLOGSPOT.COM

Persatuan Perubatan Yayasan Terengganu Mesir dianggotai oleh pelajar-pelajar tajaan Yayasan Terengganu dan persendirian yang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Mesir.

Faculty of Medicine Mansurah University

www.mans.eun.eg

Mansoura University is famous for its specialized Medical centers, which provide both medical and academic services. They include the main mansoura university hospital, the children hospital, the specialized hospital for general internal diseases, the ophthalmology center, the digestive system center and the Urology and Nephrology center. The latter is the biggest of its kind in the Middle East.

Ain Shams University

net.shams.edu.eg/

Ain Shams University, as the third Egyptian university, was founded in July 1950 under the name of "Ibrahim Pasha University". It participated with the two earlier universities, "Cairo University" (Fua'd the 1st ) and "Alexandria University" (Farouk the 1st) in fulfilling the message of universities and meeting the increasing demand of youth for higher education.

Renungan Bersama

Posted by ~Persatuan Perubatan Yayasan Terengganu Mesir~ On 9:01 PM 1 comments

salam perjuangan kpd sahabat2 sekalian..bagaimanakah keadaan sahabat2 sekalian??
dalam stdy utk menghadapi final nanti yg sememangnya susah??
amalan kita semua utk dibawa ke 'sana'??
hrp2nya semua drp kita dpt merebut kedua2 ini..

saya ingin menarik perhatian sahabat2 sekalian mengenai tugas sbnr kita dimesir ini..sudah semestinya untuk menuntut ilmu perubatan seterusnya dibawa pulang ke malaysia untuk berbakti kepada masyarakat..tetapi jgn kita lepaskn keistimewaan di mesir ini iaitu menuntut ilmu agama juga..rebutlah kedua-dua perkara ini..

saya tertarik dan ingin berkongsi dgn rakan2 mengenai satu soalan yg ditanyakn kepada Dr Jemilah Mahmood,Presiden Mercy Malaysia ketika sesi soal jwb antara beliau dan wakil perubatan dimana telah dipamerkan di TIBBIANS(edaran PERUBATAN) iaitu...

wakil PERUBATAN: Akhir sekali,apakah harapan serta nasihat buat para pelajar yang menuntut di Mesir khususnya dalam jurusan perubatan?

Dr Jemilah Mahmood: Buat pljr perubatan khususnya,manfaatkan peluang untuk belajar dalam bidang ini seoptimum yg mungkin.
jika dgn cara ini kita mmpu memberi sumbangan kpd org lain khususnya utk menjaga nama baik agama kita,maka ia telah menjadi amanah dan tanggungjawab kalian untuk melaksanakan ia dengan sebaiknya.Buktikan kpd org bkn islam bhwa org islam seperti kita jauh lebih hebat dan perihatin serta sensitif terhadap golongan yang memerlukan khidmat kita.

marilah sama2 kita struggle utk final yang akan dtg ini..sama2lah kita 'kejut' naga yg sdg tidur dalam diri kita..nasihatakanlah rakan2 kita yg nmpk agak liat..janganlah kita meninggalkan satu pun diantara kita..mari bersama pulang bersama..insyaALLAH,mumtaz blake2 pok2 kite..aminn..chaiyyokk!!!

sekian peringatan untuk saya dan rakan2 semua..

Mohd Firdaus Bin Mohd Yusof
Pengerusi PPYTM

RASULULLAH SAW BERDIET??JOM TIRU!

Posted by ~Persatuan Perubatan Yayasan Terengganu Mesir~ On 10:20 PM 1 comments
Petua diet Rasulullah SAW

June 5th, 2007 at 12:07 am (Petua Kesihatan) 

Ni petua diet Rasulullah SAW.. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2…petua ni juga dpt mengelakkan dr sakit perut @ keracunan makanan..insyaAllah

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL


# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Dan tambahannye:-

Petua diet dan kesihatan unggul amalan Nabi:

Jangan makan ikan dengan daging dalam satu hidangan

Jangan makan ikan dengan ayam dalam satu hidangan

Jangan makan ayam dengan daging dalam satu hidangan

Jangan makan nasi bersama susu(minuman)

Makan buah sebelum makan (bukan selepas makan)

Jangan tinggalkan makan malam

Jangan makan buah-buahan dengan susu (koktail dll)

Bangun tahajjud

Jangan tidur selepas terbit matahari

Jangan makan berulamkan air (sambil makan sambil minum)

Jangan minum berdiri

Jangan makan/minum dalam keadaan berbaring

Amalkan bangun pagi terus minum air suam (sebelum berkumur dll)

dipetik drp Oleh iFFa Putera.Com..

p/s:selepas ni kita kaji dr segi saintifik rasional sunnah NABI SAW..insyaALLAH..

kenapa mahu jadi doktor?

Posted by ~Persatuan Perubatan Yayasan Terengganu Mesir~ On 6:26 PM 0 comments
salam..

muhasabah diri balik kenapa kita mahu menjadi seorang doktor?adakah niat kita berada di jalan yang betul?kerana apa?artikel diambil dari laman web saifulislam.com

Kenapa Mahu Menjadi Doktor?

jadidoktor.jpg

“Kenapa anda mahu jadi doktor?”�, saya melemparkan soalan ini, selepas mempertontonkan kepada pelajar di IMU tadi video dari koleksi Stephen R. Covey.

Pelajar yang hadir tersenyum-senyum.

“�Sebab minat biologi?”, saya bertanya.

Ramai yang ketawa. Itu mungkin alasan semasa di Tingkatan 4 dahulu.

“�Sebab suka tolong orang?”�, saya terus bertanya.

Ramai yang mengangguk.

Well, come on. Ramai yang hantar anak buat perubatan supaya boleh rawat ibu bapa sendiri nanti. Tetapi realitinya, kamu bukan manusia pertama boleh muncul memberikan rawatan jika berlaku apa-apa kepada ibu bapa. Malah ketika di bilik pembedahan dan wad kecemasan, ahli keluarga bukanlah calon terbaik untuk merawat ahli keluarga sendiri. Namanya, profesionalisma”�, saya menyambung provokasi.

“Kamu nak tolong suami, isteri dan anak-anak? Rasa saya, suami doktor, isteri doktor dan anak-anak doktorlah yang paling banyak kena berdikari”�, saya terus mencucuk jarum.

“Saya selalu beritahu isteri, bahawa apabila awak berjaya jadi specialist nanti, jangan lupa bahawa orang yang paling banyak berkorban ialah tiga orang ini. Anak-anak kita. Merekalah yang berkorban, melepaskan masa yang sepatutnya kita beri kepada mereka, agar kita berjaya”, saya berkongsi cerita.

Saya sengaja mengacah pelajar-pelajar di IMU supaya berfikir bersungguh-sungguh, mengapa mereka memilih bidang perubatan.

Jika anda seorang perempuan yang bakal menjadi doktor, anda perlu tahu bahawa walaupun negara amat terdesak kepada adanya ramai tenaga pakar, anda tidak akan diberikan ‘kemudahan’ untuk menjadi pakar. Anda tidak ada cuti bersalin, seandainya anda ‘termengandung’ semasa sedang membuat program pakar. Anda tidak menerima sebarang elaun untuk membeli buku. Semua kena guna duit sendiri. Kursus dan seminar yang anda hadir, anda mesti membayarnya sendiri. Mungkin anda terpaksa menawarkan diri menjadi AJK agar dapat dikecualikan dari yuran, walaupun anda tahu akibat menjadi AJK itu. Semua orang mahu anda bekerja seperti orang lain, ketika anda terdesak menghadapi peperiksaan. Tiada belas, tiada insentif.

Misalnya isteri saya, kerana 2 minggu cuti yang diperuntukkan untuk kecemasan dan lain-lain, sudah pun digunakan bersalin, lupakanlah kenduri kendara di kampung, lupakanlah ibu bapa, 6 bulan tiada cuti.

Bukan calang-calang kerja.

Anda mahu menjadi pelajar perubatan kerana mahu menolong orang? Tolonglah diri sendiri kerana anda yang amat memerlukan pelbagai pertolongan itu nanti.

“Maka, apa tujuan anda mahu menjadi doktor?”�, soalan yang sama saya ulang sekali lagi.

Pelajar-pelajar itu termenung. Sesi soal jawab tiada soalan, kerana semua soalan adalah untuk ditanya kepada diri sendiri, dan diri sendirilah yang perlu menjawabnya.

PERSOALAN NILAI

Kuliah kali ini adalah tentang nilai. Apa nilai yang dibawa dalam sebuah pekerjaan? Dalam sebuah kehidupan.

Jika seorang isteri mengungkit di hadapan suami, bahawa kerja rumahnya, kerjanya ‘melayan suami’, tidak mungkin mampu dibalas walaupun dengan bayaran RM2000 sebulan, maka nilai apakah yang ada pada dirinya? Saya tidak bermaksud membela lelaki yang tidak tahu menghargai isterinya, tetapi dalam kes ini, si perempuan itu sudah menjatuhkan dirinya.

Hanya ‘bibik’ sahaja yang buat kerja rumah untuk duit. Maafkan saya, hanya pelacur sahaja yang meletakkan harga pada layanannya terhadap seorang lelaki.

Seorang ibu membuat kerja rumah kerana NILAI KASIH SAYANG. Seorang isteri juga melakukan apa yang ia lakukan atas NILAI KASIH SAYANG. Maka tanpa kasih sayang, perkahwinan adalah beban. Malah sumber kebencian.

[coolplayer width="480" height="380" autoplay="0" loop="0" charset="utf-8" download="1" mediatype=""]
No Charge
[/coolplayer]

Menentukan nilai, sebagai pendorong kita melakukan sesuatu adalah sangat penting. Nilai itu akan mencorakkan tingkah laku kita terhadap pekerjaan yang kita lakukan.

NILAI DUIT

Kalau pekerjaan diukur dengan nilai wang, maka kita akan berhadapan dengan banyak masalah, walaupun wang berjaya diperolehi.

Sekarang ni sudah menjadi satu trend kepada dua industri, kalau boleh saya katakan industri. Yang pertamanya adalah industri perubatan, dan yang keduanya, industri berkaitan petroleum. Trend yang saya maksudkan di sini, adalah perpisahan di antara seorang suami atau isteri dengan pasangannya, serta anak-anak, kerana prospek kerjaya dan desakan nilai wang itu tadi.

Sudah menjadi kebiasaan, pasangan yang sudah berumahtangga, berpisah sementara (bukan calang-calang sementara) demi melepaskan isteri yang bekerja sebagai jururawat di luar negara, khususnya di negara Teluk. Begitu juga dengan mereka yang terbabit dengan industri petroleum, bekerja di negara Teluk dan Afrika, menyahut saranan majikan untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan dengan berhijrah ke negara yang menagih kepakaran kita. Ia hebat, menggiurkan… tetapi output daripadanya merunsingkan saya.

Itu, belum lagi dikorek kisah suami di Johor, isteri di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur.

Trend ini berlaku dan merebak di dalam masyarakat, dan saya ditakdirkan Allah bertemu dengan outputnya. Saya bertemu dengan anak-anak remaja, yang ayah mereka pulang ke Malaysia 4 kali setahun. Saya bertemu dengan kes, suami main kayu tiga ketika isteri meninggalkannya gersang setahun di tanah air. Saya juga bertemu dengan kes isteri yang mem’poligami’kan suaminya dengan bersuamikan orang lain semasa di perantauan. Dan kes-kes ini membiak dari semasa ke semasa. Tidak pernah menjadi tajuk berita.

Tentu sahaja, hasil kewangan dari kenaikan pangkat dengan bekerja jauh dari pasangan dan anak-anak, boleh mengubah nasib keluarga. Tetapi perubahan itu apakah ke arah positif atau negatif? Maka yang dikejar dalam sebuah rumah tangga dan perkahwinan, apakah boleh disandarkan pada nilai material?

jadidoktor2.jpg

NILAI - HARGA - KORBAN

Nilai berkadar terus dengan harga. Tinggi nilai, tinggilah harga. Tinggi harga, banyaklah korban dan pengorbanan yang diperlukan bagi mendapatkannya. Untuk bekerja dengan gaji RM10,000 sebulan, apakah harga yang perlu dibayar untuk nilai material RM10K itu? Kehancuran rumah tangga, kepincangan emosi dan identiti anak-anak, dosa… itulah harga yang mungkin perlu dibayar untuk nilai material yang dijadikan asas bekerja.

Anak-anak yang mewah dengan nilai material ini, gersang dan menderita pada nilai kasih sayang dan perhatian ibu bapanya. Sering saya ulang, ‘mereka adalah generasi yang kesunyian’.

Jangan terkejut, dengan hanya 3 hari perkenalan, seorang remaja boleh menjadi mangsa lelaki yang berniat jahat. Mengapa begitu mudah? Lelaki itu memberi sesuatu yang tiada diperolehi remaja tersebut di dalam keluarganya iaitu KASIH SAYANG dan PERHATIAN.

Malam ini saya mahu pelajar-pelajar yang hadir ke kuliah ini, melatih diri mereka dengan tabiat ‘�Begin With the End in Mind‘�. Lihatlah apa yang menanti di hujung perjalanan mereka sebagai seorang doktor perubatan.

TENTUKAN NILAI SEAWAL PERJALANAN

Maka, semenjak mereka di bangku pengajian, soal nilai yang ingin dibawa pada kerjaya di masa hadapan, mesti ditentukan.

Anda boleh mengambil sikap tidak mengendahkan hal ini, bekerjalah selagi mampu, kejarlah habuan material yang dikejar selama ini, tetapi anda perlu meneliti harga yang perlu dibayar. Perhatikan di mana korbannya? Harga dan korban itu mungkin rumah tangga, mungkin pesakit, dan yang paling besar, mungkin sistem itu sendiri.

Hati saya amat terhiris, mendengar kawan-kawan saya dan isteri, mengeluh tentang satu demi satu penceraian yang menimpa pasangan doktor. Sama ada kedua-dua suami dan isteri itu doktor, atau salah seorang daripada mereka.

PROVOKASI DEMI MASA DEPAN

Atas provokasi inilah, saya mengajak adik-adik di bangku pengajian perubatan, untuk menyemak hubung kait bidang ini dengan Tujuan Hidup mereka. Kenang kembali siapa mereka di alam ini? Kenal diri, dan kenallah Ilahi.

Kita sebagai hamba Allah, menjaga tali kita dengan Dia yang disembah. Yang diabdikan diri kepada-Nya. Ia hablun minaLlah.

Kita sebagai khalifah, menjaga tali kita dengan manusia ciptaan-Nya, kerana kita ditugaskan menjadi saluran kebaikan-Nya ke alam ini. Ia hablun minannaas.

Buat baik kepada sesama manusia, boleh dengan sedekah, boleh dengan memimpin tangan si buta di pinggir jalan. Namun sedekah hanya sekali sekala, orang buta bukan setiap hari kita jumpa. Jalan kebaikan yang paling utama, adalah pada menjadikan kerja sebagai ibadah. Memberi kebaikan kepada manusia, melalui pekerjaan yang dikurniakan Allah kepada kita.

jadidoktor3.jpg

JIKA KERJA JADI IBADAH

Jika kerja jadi ibadah, Allah adalah ‘CEO’ kita. The unsung hero beroleh quwwah, untuk terus membuat kebaikan, biar sekecil mana pun di mata insan.

Jika kerja jadi ibadah, ia jalan Taqarrub kepada Allah. Tidak tergamak menghambur dosa, kerja dibuat sebaik yang upaya.

Jika kerja jadi ibadah, biar sempit jalan KEPERLUAN, asalkan luas perjalanan mencapai TUJUAN.

Ubah paradigma, betulkan nilai pada kerja.

Teruskan cita-cita kalian menjadi doktor. Ia cara terbesar, kamu zahirkan syukur kepada-Nya.

Kita hamba-Nya, kita Khalifah-Nya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

| edit post

PENGUMUMAN BUAT SAHABAT-SAHABAT PPYTM

Posted by ~Persatuan Perubatan Yayasan Terengganu Mesir~ On 12:08 AM 10 comments

salam...

satu perjumpaan xrasmi antara wakil2 PPYTM dan us kamal telah diadakan dirumah beliau sendiri.Dalam perjumpaan tu,kitaorg telah berbincang tentang masalah yang sedang di hadapi iaitu masalah pembayaran yuran universiti bagi tahun 1,2 dan 3,pembayaran wang sara diri bagi tahun 1,2,dan 3..berikut adalah hasil perjumpaan itu:-

1. us kamal akan mengambil tindakan selanjutnya untuk menyelesaikan masalah yuran pelajar tahun 1,2 dan 3 dengan secepat mungkin.

2. us kamal akn menguruskan secepat mungkin bayaran wang sara diri bagi pelajar tahun 1 kerana sudah kelewatan bayaran daripada sepatutnya dan untuk pelajar tahun 2 dan 3 akan dibayar pada bulan mac nanti.

3. berita gembira menanti pelajar medik terengganu terutamanya di mansurah.

4. satu perjumpaan antara us kamal dan semua pelajar medik YT akan diadakan dan tarikh serta waktu akan dinyatakan kemudian oleh wakil2 batch.

5. us kamal menyampaikan harapan MB dan pihak penaja kita,Yayasan Terengganu kepada semua pelajar medik YT,"tuntutlah ilmu elok2 kerana kita adalah pemimpin masa depan kepada negeri kita dan negara kita"

diatas adalah sedikit sebanyak hasil pertemuan pertama secara xrasmi antara pegawai baru kita,us kamal dan wakil2 PPYTM..

semoga ALLAH akn mempermudahkan urusan kita di Mesir dalam mengharungi cabaran di sini dan harap sahabat2 tetap tabah dan sabar menghadapi masalah 'turun temurun' kita ini..insyaALLAH,ALLAH bersama orang2 yang sabar..

organisasi

Posted by ~Persatuan Perubatan Yayasan Terengganu Mesir~ On 8:07 PM 0 comments



sekapur sirih

Posted by ~Persatuan Perubatan Yayasan Terengganu Mesir~ On 7:43 PM 27 comments
Bismillahirahmanirrahim...

Salam perjuangan buat sahabat-sahabat sekalian, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih lagi berada dalam nikmat Islam dan Iman. Marilah kita sama-sama berselawat ke atas junjungan kita, Rasulullah S.A.W yang merupakan contoh terbaik dikalangan umat manusia dalam segala hal.

Pertamanya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kalian semua kerana memberikan sepenuh kepercayaan kepada saya dan rakan-rakan saya untuk memegang jawatan dalam Persatuan Perubatan Yayasan Terengganu,Mesir (PPYTM). Tidak dilupakan juga, jutaan terima kasih kepada Ketua Biro Penerangan dan Penerbitan kerana memberikan keizinan kepada saya selaku pengerusi untuk merakamkan kata-kata aluan di blog ini.


Rakan-rakan seperjuangan sekalian,


Sepertimana kita telah sedia maklum, sebuah persatuan yang menaungi semua pelajar sains kesihatan tajaan Yayasan Terengganu yang menuntut di Mesir telah ditubuhkan dan diberi nama Persatuan Perubatan Yayasan Terengganu, Mesir (PPYTM). Sebagai sebuah persatuan yang amat baru daripada pelbagai segi, segala teguran dan tunjuk ajar daripada pelbagai pihak amatlah diperlukan untuk memantapkan persatuan yang kita sayangi ini agar dapat mencapai matlamat penubuhannya. Firman Allah S.W.T yang bermaksud,



[3:103] Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan ni'mat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena ni'mat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

(Ali ‘Imran:ayat 103)


Berdasarkan ayat di atas,saya mengharapkan kita dapat saling bersatu padu di atas ‘tali’ yang telah ditubuhkan ini. Saya berasa tidak salah jika saya mengibaratkan keadaan kita sekarang seperti ayat di atas kerana perkataan ‘tali’ itu sendiri mengandungi maksud yang luas selagi tidak menyalahi syariat. Oleh itu, sebagai seorang pelajar muslim, kita hendaklah bersatu padu sesama kita tidak mengira tahun pengajian,tempat pengajian,ideologi politik dan fikrah selagi kita mengucap dua kalimah syahadah lebih-lebih kita yang berada di bawah sebuah persatuan. Sikap mementingkan diri dan tidak mahu mengambil berat sesama kita perlulah dikikis daripada diri kita seperti mana hadis Rasulullah S.A.W.


“Barangsiapa yang tidak mengambil berat akan hal saudaranya maka dia bukan daripada

kalangan kami”


Ahli-ahli persatuan yang dihormati,


Menjadi seorang pengerusi persatuan bukanlah satu tugas yang mudah dan boleh dipandang enteng semata-mata serta bukanlah satu sebab yang membolehkan seseorang itu menggunakan kuasa yang diperolehi sewenang-wenangnya tetapi merupakan tugas yang amat berat dan amat besar amanahnya. Bayangkanlah di hari pengadilan nanti, saya akan ditanya disetiap penjuru tentang tanggungjawab saya terhadap kamu semua. Justeru itu,saya amat-amat mengharapkan kerjasama yang tidak berbelah bagi daripada kalian semua agar kita dapat bersama-sama membawa persatuan kita yang masih hijau usianya ke tahap yang lebih tinggi supaya kebajikan kita dalam segala hal dapat dijaga.


Dalam kesibukan kita bepersatuan, janganlah kita lupa kepada tanggungjawab kita yang lebih utama iaitu menuntut ilmu dalam bidang kedoktoran ini. Melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Mesir ini banyak keistimewaannya sendiri jika kalian sedari kerana di sinilah kita dapat ‘menyelam sambil minum air’. Sambil kita mempelajari ilmu kedoktoran, marilah kita sama-sama berusaha mencari input tambahan yang menjadi rebutan oleh para agamawan di setiap pelusuk dunia apabila mereka datang ke Mesir. Ilmu agama dan sains tidak dapat dipisahkan seperti itulah kita diibaratkan sebagai seorang pelajar perubatan muslim. Percayalah sahabat-sahabat sekalian, semakin kita mempelajari ilmu perubatan semakin kita akan dekat kepada Allah S.W.T jika kita merebut kedua-dua ilmu ini. Seperti kata-kata ahli sufi, ‘jika hendak mengenal Allah S.W.T, hendaklah kita mengenal ciptaan Allah S.W.T. terlebih dahulu.’


Sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah S.W.T,


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menasihati sesama kita agar menjaga keselamatan diri masing-masing ketika di Mesir ini. Ikutilah peraturan –peraturan yang telah dibuat demi keselamatan bersama. Jauhilah perkara-perkara yang membinasakan diri kalian dan jika khuatiri terkena penyakit-penyakit bahaya atau terdapat gejala-gejala yang merbahaya,terus bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan sewajarnya. Sentiasalah ingat kepada kedua ibu bapa kita di Malaysia kerana keredhaan Allah S.W.T terletak kepada keredhaan mereka.


Akhir kata, saya sekali lagi memohon kerjasama dan amat-amat mengharapkan teguran dan tunjuk ajar daripada kawan-kawan sekalian kerana kita saling memerlukan antara satu sama lain. Saya juga meletakkan sepenuh kepercayaan kepada ahli-ahli jawatankuasa yang sanggup susah senang bersama dalam memantapkan lagi persatuan ini. Sesungguhnya komitmen daripada pihak atasan mahupun pihak akar umbi amatlah diharapkan demi membawa persatuan kita ke peringkat yang lebih tinggi,Insya Allah.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud,


[5:2] Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi'ar-syi'ar Allah389, dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram390, jangan (mengganggu) binatang-binatang had-ya391, dan binatang-binatang qalaa-id392, dan jangan (pula) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari kurnia dan keredhaan dari Tuhannya393 dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji, maka bolehlah berburu. Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum karena mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidilharam, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.


[2:286] Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

(Al-Baqarah: ayat 286)


Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud,


“tidak akan sempurna iman seseorang itu jika tidak mengasihi saudaranya sendiri

sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”


Sekian terima kasih. Wasallam.


MOHD FIRDAUS BIN MOHD YUSOF,

PENGERUSI,

PERSATUAN PERUBATAN YAYASAN TERENGGANU MESIR,

SESI 2008/2009.


    ::GuestBook::


    ShoutMix chat widget

    Followers

    TABDIV