sebagaimana kita sedia maklum bahawa Nabi SAW merupakan doktor jiwa dan rohani yang paling terbaik di dunia..insyaALLAH kali ni,mari kita sesama tengokk sikit sebahagian rawatan-rawatan yang Nabi SAW gunakan..
- Yang paling besar dan paling afdal sekali ialah Berubat menggunakan ayat al-Quran iaitu jampi2 yang selari dgn syara'.Pihak yg membaca jampi dan dibaca hendaklah meyakini bahawa jampi itu adalah sebab bagi penyembuhan dan hanyalah ALLAH yg berkuasa atas kesembuhan itu.
lagi firman ALLAH :" Katakanlah wahai Muhammad, Al-quran itu menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi org2 beriman" (al-Fussilat : 44)
ALLAH berfirman lagi, " Wahai umat manusia, sesungguhnya tlh dtg kpd kamu al-quran yg menjadi nasihat pengajaran drp Tuhan kamu dan yg menjadi penawar bg penyakit2 batin yg ada dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk utk keselamatan serta mmbawa rahmat bg org2 beriman" (Yunus : 57)
- Berubat menggunakan wirid yg syar'i dan doa2. Doa2 ini mempunyai kesan yg besar dalam menarik kebaikan,kesihatan, dan menolak kemudaratan dan penyakit.
"Aku berlindung dgn kalimah2 ALLAH yg sempurna drp kejahatan makhluk yg DIA ciptakan"
sudah tentu tdk akan memudaratkan anda. (Hadis riwayat Muslim)
- Berubat menggunakan Madu
Daripada Abdullah bin Mas'ud dan beliau mengangkat hadis ini,Rasulullah SAW bersabda :
"Hendaklah anda berubat dgn dua jenis ubat iaitu madu dan Al-Quran. " (riwayat Ibnu Majah dan Al-Hakim)
Ibn al-Qayyim menyatakn madu mempunyai bnyk faedah. ia dpt membersihkan kotoran pd saraf2,usus2 dll. Ia juga dpt mencairkan lendir2 sesuai utk batuk yg berkahak (sputum)
- Berubat dgn cara berbekam.
" Sekiranya pd ubat-ubatan anda ada suatu kebaikan, ia terdapat pd berbekam" (riwayat Ibn Majah)
Daripada Jabir r.a katanya," Ummu Salamah, isteri Nabi saw meminta izin drp baginda utk berbekam. Rasulullah saw tlh meminta Abu Tayyibah supaya membekam Ummu Salamah"
Daripada Anas r.a: " Nabi saw berbekam pd dua urat yg berada pd tengkuk baginda dan pd bahunya" (riwayat Ibn Majah dan sanadnya sahih)
berhubung dgn waktu berbekam, At-Tirmizi meriwayatkan dlm Jami'nya, drp Anas r.a:
"Sesungguhnya Nabi saw berbekam pd hari ke 17, 19, 21 dlm satu2 bulan.pelopornya adalah dipercayai"
Abu Dawud meriwayatkan dlm sunannya dgn sanad hasan drp Abu Hurairah r.a secara marfuk
"Sesiapa berbekam pd hari ke 17,19,21 akn memperoleh kesembuhan drp segala penyakit"
- Berubat menggunakan Habatus-sauda' (jintang hitam)
"Hendaklah anda berubat dgn bijian Habatus-sauda ini,kerana pdnya terdpt kesembuhan dari segalanya penyakit kecuali al-Sam (maut)."
- Berubat dgn menggunakan kaedah pemanasan dgn api.
"Abu talhah dan Anas bin al-Nadar pernah mengubatinya dengan menggunakan kaedah pemanasan api. Abu Talhah telah memanaskan beliau pd tangannya"
Dalam hadis riwayat Muslim drp Jabir r.a :
"Rasulullah saw pernah menghantar seorg doktor kpd Ubai bin Ka'ab. Doktor itu telah memotong bahagian urat yang dipotong itu dengan api"
Muslim juga meriwayatkan drp Jabir r.a :
Sa'ad bin Muadz pernah terkena anak panah pada bahagian keningnya, katanya :lalu Rasulullah saw memanaskan tempat itu dengan bilah anak panah utk menghentikan darahnya kali pertama, kemudian melemparnya. Baginda berbuat demikian untuk kali kedua.
Dalam hadis al-Bukhari drp Anas r.a :
"Beliau telah dipanaskan pada bahagian lambung, sedangkan Nabi saw masih hidup"
Hadis yg melarang menggunakan pemanasan api.
ungkapan Rasulullah saw," sy melarang umatku dr membuat rawatan dgn cara pemanasan api"
kata Rasulullah saw lagi " Sy tidak suka rawatan dlm bentuk pemanasan"
Rasulullah saw bersabda, " Tidak layak menyeksa dengan api kecuali tuhannya saja"
kesimpulannya, rawatan ini tidak boleh dilakukan tergesa-gesa sebaliknya hendaklah menggunakan rawatan cara lain yg lebih afdal dan yg lebih baik dahulu. rawatan ini dihukumkan sebagai "harus tetapi makruh".sekiranya wajar dijauhi perlulah dijauhi.
- Berubat dgn sesuatu yg bertentangan sifat penyakit.
Drp Ibn Umar r.a daripada Nabi saw : " Demam adlh sebahagian kecil drp hembusan wap api neraka, sejukkanlah dengan air " (Hadis Muttafaq Alaihi)
Daripada Asma' binti Abu Bakar r.a berkata : " Apabila seorg wanita demam menemui beliau, beliau mendoakannya dan lalu mengambil air lalu mencurahkannya di antara kepala hingga dadanya seraya berkata, "Rasulullah saw memerintahkan kita menyejukkan dengan air"
- Rawatan dengan menjaga kesihatan.
- Tidak bercampur dgn org2 menghidap penyakit mudah merebak dan pesakit itu tidak dibenarkan bercampur dgn org lain.
Daripada Abdullah bin Abbas, katanya Abdul Rahman bin Auf katanya, saya mendengar Rasulullah saw bersabda tentang penyakit taun :
"Sekiranya anda mendengar penyakit taun menimpa sesuatu tempat, janganlah pergi ke tempat itu dan jika ia berlaku pada suatu tempat dan kebetulan anda berada disitu, janganlah keluar dr tempat itu, kerana hendak mengelakkan diri drp penyakit tersebut." (Hadis Muttafaq Alaihi)
- Rawatan penyakit beguk menggunakan kayu gahru Hindi.
- Berubat dengan menggunakan cendawan (kulat). ia adalah ubat utk penyakit mata, sebagaimana yg diberitahu oleh Rasulullah saw.
"Cendawan adalah sebahagian daripada madu yg turun daripada langit. airnya sesuai untuk menyembuhkan sakit mata."
Kesimpulannya: marilah menjaga kesihatan elok2..Rasulullah saw kata lebih kurang maksudnya, " Dua nikmat kebanyakan antara kamu lupa iaitu kesihatan dan masa lapang."
0 Response to "Rawatan Nabawiah"