PPYT Mesir

WWW.PPYTMESIR.BLOGSPOT.COM

Persatuan Perubatan Yayasan Terengganu Mesir dianggotai oleh pelajar-pelajar tajaan Yayasan Terengganu dan persendirian yang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Mesir.

Faculty of Medicine Mansurah University

www.mans.eun.eg

Mansoura University is famous for its specialized Medical centers, which provide both medical and academic services. They include the main mansoura university hospital, the children hospital, the specialized hospital for general internal diseases, the ophthalmology center, the digestive system center and the Urology and Nephrology center. The latter is the biggest of its kind in the Middle East.

Ain Shams University

net.shams.edu.eg/

Ain Shams University, as the third Egyptian university, was founded in July 1950 under the name of "Ibrahim Pasha University". It participated with the two earlier universities, "Cairo University" (Fua'd the 1st ) and "Alexandria University" (Farouk the 1st) in fulfilling the message of universities and meeting the increasing demand of youth for higher education.

Makluman Penting:SSLN/NOC

Posted by Si pairidaeza On 9:09 AM
Mansurah-Susulan daripada satu mesyuarat yang telah diadakan antara pelajar tahun 5 dan pelajar tahun 2 bertempat di surau Bangunan Asrama Yayasan Terengganu,Mansurah, beberapa isu atau masalah telah berjaya dibincangkan bersama. Antara masalah yang dibincangkan adalah tentang Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN/NOC).

SSLN/NOC ini merupakan satu dokumen yang amat penting bagi mana-mana lepasan luar negara. Atas dasar kecaknaan,beberapa orang ahli telah membuat semakan di pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengetahui status masing-masing. Malangnya,mereka mendapat respon negatif kerana nama mereka tiada dalam rekod di pihak KPT,Malaysia.

Pihak persatuan telah mengambil inisiatif yang sewajarnya dengan membuat aduan kepada En.Razali Bin Mahmud tentang perkara ini. Beliau berkata akan mengambil langkah yang sewajarnya dan akan membuat aduan terus kepada pihak kementerian bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Justeru itu,pihak persatuan menasihatkan kepada semua ahli agar membuat semakan status masing-masing di KPT,Malaysia. Langkah-langkahnya ialah:
  1. Menghubungi pihak KPT ditalian 03-888 35 000.
  2. Menyatakan tujuan ingin membuat semakan tentang SSLN/NOC.
  3. Anda akan disambung ke bahagian yang bertanggungjawab.
  4. Berikan nombor kad pengenalan dan anda akan dimaklumkan status anda.
Pihak persatuan akan mengambil langkah sewajarnya bagi mengatasi masalah ini dan ahli diminta untuk mendoakan agar semuanya akan dipermudahkan Allah SWT.

0 Response to "Makluman Penting:SSLN/NOC"

    ::GuestBook::


    ShoutMix chat widget

    Followers

    TABDIV